Wednesday, May 19, 2010




3/30/10


Pekebun kecil Melayu N.Sembilan TERANIAYA


RSPSB ialah singkatan kepada nama sebuah anak syarikat milikpenuh RISDA iaitu RISDA Smallholders Plantation Sdn Bhd


Peserta RSPSB bukan mendapat pendapatan bulanan setelah serah tanah mereka untuk dimajukan oleh RSPSB. Sebaliknya mereka mendapat senarai hutang dari RSPSB. Yang demikian RSPSB sudah nyata kegagalannya dan sudah tidak relevan lagi.


Di-Tampin sekurang-kurangnaya ada 4 rancangan RSPSB yang gi tahu. Satu di- Bukit Bentan, Gemas, satu di Kg Tenai / Air Gelugor, satu di Kg Geduk dan satu lagi di Kg Sri Asahan. Cuba pembaca bayangkan tidakkah boleh dikatakan teruk apabila kebun sawit seluas 156 ekar, dengan pokok sawit berumur 8 tahun hanya menghasilkan 3 tan buah sawit sebulan ?


Tidak kah NAYA namanya bila peserta serahkan tanah untuk dimajukan oleh RSPSB dengan harapan mendapat hasil bulanan , tetapi yang didapati ialah penyata hutang ? Ada kawan gi saorang peserta RSPSB Bkt Bentan bagitau bahawa hutang dia pada RSPSB ialah sebanyak RM 25,000.00 Luas tanah yang diserah kpd RSPSB – 6 ekar.


Cerita sepenuhnya dihttp://gemasindah.blogspot.com/2010/03/rspsb-risda-smallholders-plantation-sdn.html





3/31/10


Mangsa paip pecah rayu pembelaan

Sinar Harian 31 Mac 2010


AMPANGAN – Kejadian paip pecah di Kampung Dusun Nyior dua bulan lalu didakwa menjejaskan kehidupan beberapa penduduk berikutan perabot dan perkakas rumah rosak teruk.


Walaupun kerugian dianggarkan tidak mencecah puluhan ribu ringgit, namun bagi mereka kurang berkemampuan, barangan rosak bagaikan sukar diganti baru.


Malah, Sinar Harian difahamkan terdapat sesetengah penduduk terpaksa berhutang membeli perabot baru biarpun kejadian tersebut sudah dua bulan berlalu.


Mereka mendakwa laporan polis sudah dibuat dan diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dusun Nyior bagi tujuan menuntut ganti rugi, namun penantian mereka masih belum berakhir kerana sehingga kini terus menunggu maklum balas pihak berkaitan.


Kerugian RM6,000


Seorang mangsa, Zainab Abdullah @ Parvady, 66, mendakwa, disebabkan kejadian tersebut, dia kerugian hampir RM6,000 apabila perabot, tilam dan beberapa perkakas rumah lain rosak ditenggelami air.


Menceritakan semula kejadian, Zainab berkata, ketika kejadian berlaku, dia dan suami nyenyak tidur diruang tamu dan tiba-tiba suaminya terjaga apabila menyedari tilamnya basah.


“Suami memberitahu saya tilamnya basah dan terus membuka lampu. Saya terkejut apabila melihat keadaan rumah dipenuhi air.


“Saya segera membuka pintu melihat apa yang berlaku dan keadaan bertambah teruk apabila air masuk ke dalam rumah bagaikan banjir besar,” katanya kepada Sinar Harian.


Menurutnya, kejadian paip pecah berlaku jam 1.30 pagi itu membuatkan suasana malam bertukar kecoh apabila mangsa cuba menyelamatkan harta benda masing-masing.


Malu jumpa JKKK


Suami Zainab, T Kader Mohaideen, 65, mendakwa, dia berasa malu apabila terpaksa berjumpa tiga kali dengan Pengerusi JKKK, Mohd Rofik Mohd Yusof bagi bertanyakan tuntutan tersebut.


Menurutnya, disebabkan tidak sanggup menunggu, dia mengambil keputusan membeli perabot baru dengan cara berhutang.


“Kami orang susah dan anak-anak semuanya bekerja biasa sahaja. Saya pun tidak mahu menyusahkan mereka.


“Sepatutnya pihak berkaitan perlu membayar ganti rugi kepada kami kerana masalah berlaku bukan disebabkan bencana alam, tetapi berpunca daripada sistem mereka,” katanya.


Yakin dapat pampasan


Muhammad Hussien, 74, berkata, mereka yakin boleh mendapatkan ganti rugi kerana masalah berlaku didakwa bukan berpunca daripada bencana alam.


Menurutnya, sebelum ini banjir kerap berlaku, tetapi mereka tidak menyalahkan sesiapa kerana mengetahui ia berlaku secara semula jadi.


“Saya dapat tahu pihak Sains (Syarikat Air Negeri Sembilan) datang dan berbincang berkaitan masalah ini, tetapi sampai sekarang tiada sebarang berita diperoleh.


“Saya memang kecewa apabila berlaku masalah ini kerana mereka meminta kami membuat laporan polis. Apabila laporan sudah dibuat, perkara ini diam begitu sahaja,” dakwanya.


Sudah buat aduan


Sementara itu, Mohd Rofik ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima aduan penduduk berhubung masalah itu.


Menurutnya, pada kejadian tersebut, sebanyak lima rumah terlibat, namun hanya empat sahaja berpenghuni.


“Disebabkan itu saya minta semua mangsa membuat laporan polis dan serahkan laporan kepada saya bagi tindakan selanjutnya.


“Saya sudah menyerahkan laporan itu bersama surat JKKK kepada pihak Sains bagi tuntutan ganti rugi, tetapi sampai sekarang kita masih belum menerima sebarang jawapan” katanya.


Rofik berkata, pada 5 Mac lalu ketika mesyuarat JKKK bersama beberapa agensi kerajaan, pihaknya ada bertanyakan masalah tersebut kepada pegawai Sains yang hadir, namun beliau memberitahu hal itu perlu diajukan kepada pegawai lain.


Menurutnya, mangsa diminta tidak mengharap pampasan tersebut kerana dia sendiri kurang pasti sama ada Sains menyediakan peruntukan atau tidak.


“Cuma saya harap pihak Sains memberikan jawapan segera berkaitan pampasan ini supaya mangsa tidak tertunggu-tunggu.


“Saya bagi pihak JKKK sudah berusaha menyelesaikan masalah ini, tetapi penduduk perlu faham masalah ini turut melibatkan pihak lain,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7256053.asp




Tak habis habis roboh gerai Melayu



4/13/10


Tak habis habis roboh gerai Melayu

Bukan di Pulau Pinang ye, tapi di Negeri Sembilan.


Laporan nasib malang peniaga-peniaga Melayu di Negeri Sembilan sebelum ini di http://pasns.blogspot.com/2010/04/nasib-malang-peniaga-melayu-nsembilan.html


*****************************
Rayu MPN pertimbang roboh gerai
Sinar Harian 13 April 2010


SENAWANG – Tiga rakan kongsi perniagaan kedai makan di Fasa 3 Taman Tuanku Jaafar (TTJ) berharap Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dapat mempertimbangkan kembali arahan merobohkan beberapa gerai di situ.


Mereka mendakwa, sebelum ini ketika mesyuarat diadakan secara bersama antara MPN dan peniaga di Fasa 1, 2 dan 3 TTJ, pihak Majlis memberitahu perpindahan peniaga di Fasa 3 akan ditangguhkan dahulu.


Sulaiman Abdul, 46, berkata, sememangnya dia mengakui berniaga tanpa menggunakan lesen namun segala urusan surat menyurat membuat permohonan mendapatkan lesen sudah dibuat tetapi tidak diluluskan.


“Saya minta lesen untuk berniaga di sini tetapi tidak diterima. Apabila kita berniaga di sini sejak beberapa bulan dan terpaksa mengeluarkan kos berpuluh ribu ringgit, MPN mahu robohkan dengan alasan tempat tidak sesuai.


“Kami tidak ganggu perjalanan orang lain dan saya sendiri sudah mendapatkan surat perjanjian menggunakan lokasi tanah persendirian untuk berniaga, tetapi tidak boleh juga,” katanya.


Menurut beliau, pihaknya amat berharap masalah itu dapat dibincangkan semula MPN bersama peniaga yang rata-ratanya menjadikan sumber pendapatan utama.


“Isu ini mula timbul selepas peniaga Fasa 1 dan 2 membuat rungutan mengapa mereka sahaja perlu dipindahkan tidak kepada peniaga Fasa 3,” katanya.


Rakan kongsinya, Fauzi Mohd Zin 39, berkata, disebabkan masalah itu, dia mula buntu memikirkan bagaimana untuk mencari rezeki disebabkan tidak mempunyai pekerjaan lain.


“Sebelum ini saya berniaga kecil-kecilan, tetapi sekarang saya bersama rakan membuka kedai makan. Bagaimananpun, tiba-tiba jadi macam ini pula.


“Saya harap MPN dapat beri kelonggaran kepada kami untuk terus berniaga di sini kerana mahu menyediakan tapak kedai ini mengeluarkan modal ribuan ringgit,” katanya.
Sementara itu, Pembantu Setiausaha Persatuan Penduduk TTJ Selatan, Shamsul Kamal Ali, 36, berkata, sebagai penduduk yang tinggal di kawasan itu, dia amat berharap gerai itu dapat dibiarkan beroperasi di situ.


“Bayangkan kalau semua berpindah ke Medan Selera TTJ, jauh untuk kita membeli di sana. Malah, ini juga untuk keselamatan kanak-kanak kerana jika tidak mereka akan berjalan kaki untuk membeli makanan.


“Apa yang saya nampak gerai ini langsung tidak mengganggu penduduk dan berharap MPN dapat memberi kelonggaran kepada mereka untuk terus beroperasi,” katanya.


Sinar Harian sebelum ini pernah mengeluarkan rungutan peniaga Fasa 1 dan 2 TTJ apabila tidak berpuas hati kerana peniaga di Fasa 3 boleh terus beroperasi seperti biasa sedangkan mengikut arahan sebenar semua peniaga perlu berpindah ke Medan Selara TTJ awal tahun ini.


Sinar Harian difahamkan peniaga gerai sementara di Fasa 1, 2 dan 3, Taman Tuanku Jaafar (TTJ) di sini sebenarnya diberi arahan berpindah pada Januari lalu, namun ketika itu penguatkuasaan lebih diberi keutamaan kepada peniaga Fasa 1 dan 2.


Dalam pada itu, sebelum ini Yang Dipertua MPN, Datuk Abd Halim Abd Latif pernah mengeluarkan kenyataan pihak majlis tidak memindahkan peniaga ke lokasi baru sewenang-wenangnya tanpa ada sebab munasabah hingga menjejaskan sumber pendapatan mereka.


“Gerai sebelum ini di lokasi lama sudah lebih 10 tahun dan kita menerima rungutan daripada penduduk setempat yang merasa kurang selesa dengan keadaan itu kerana gerai tersebut mengundang kesesakan lalu lintas.


“Jadi, kita ambil tindakan memindahkan mereka ke lokasi baru dan bukannya kita tidak bagi mereka berniaga sedangkan selama ini kita sudah terlalu lama membiarkan mereka berniaga di situ,” katanya.


Beliau turut mengingatkan peniaga supaya berniaga dengan lesen dan di lokasi tidak menjejaskan orang lain.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7558762.asp


Saturday, April 24, 2010

BN BUKAN JUARA RAKYAT KERANA

BN tak mampu sanggah program kebajikan kerajaan Selangor
http://misabah.blogspot.com

BN terus menggunakan isu peribadi bagi memburukkan calon lawan mereka. BN sudah kehabisan modal untuk menangkis serangan PR di Hulu Selangor.




2 tahun PR memerintah negeri Selangor, sudah membuktikan keupayaannya memerintah dengan baik berbanding 50 tahun BN perintah Selangor.


Pencapaian terbaik kerajaan PR Selangor selama 2 tahun memerintah Selangor dapat dilihat berdasarkan program-program kebajikan kepada rakyat. Antaranya :-


1. Pemberian 20 meter padu pertama air secara percuma
2. Tabung Warisan Anak Selangor
3. Skim Mesra Usia Emas
4. Hadiah dermasiswa kepada anak-anak Selangor yang masuk IPT
5. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
6. Berjaya membawa pelaburan sebanyak RM 6.76 billion pada tahun 2009 (pelaburan kedua tertinggi di Malaysia)
7. Menaikkan elaun guru-guru KAFA RM 1000 sebulan.
8. Berjaya menyiapkan dan menyerahkan 5,655 unit rumah yang terbengkalai semasa BN memerintah.
9. Tiada lagi kontrak runding terus untuk projek-projek kerajaan negeri.
10. Tidak membenarkan Adun & EXCO menganggotai jawatankuasa tender untuk kontrak majlis tempatan.
11. Balai raya dan dewan dibenarkan digunakan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman parti, bangsa dan agama.
12. Memberi hak milik tanah kepada 100,00 penduduk di Kuala Selangor dan melanjutkan pajakan 99 tahun kepada 183 keluarga di Sekinchan dengan bayaran hanya RM 1 sekaki persegi.
13. Memperuntukkan dana RM 50 juta untuk skim micro-kredit (al Qardhu Hasan) bagi mengatasi masalah Along.
14. Memperuntukkan RM 20 billion untuk tempoh 10 tahun bagi menaik tarafkan sungai-sungai di Selangor.
15, Mengazetkan 321.7 hejtar hutan Kota Damansara sebagai Hutan Simpan Kekal.
16. Melantik Ahli-ahli Majlis tempatan dari kalangan mereka yang ada berkelayakan dan profesional.
17. Mewujudkan pendengaran Awam SELCAT bagi membuat siasatan terhadap tingkahlaku pentadbiran terdahulu yang menyalahgunakan harta rakyat untuk kepentingan tertentu.


dan banyak lagi.




Tinjauan petugas PR di kampung dan felda-felda Hulu Selangor, petugas UMNO BN telah membohongi rakyat apabila nikmat yang rakyat kecapi melalui program-program seperti pemberian 20 meter padu air percuma, Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Hadiah dermasiswa kepada pelajar IPT dan sebagainya, para petugas UMNO BN mendakwa itu semua datangnya dari kerajaan UMNO BN.




Inilah pembohongan yang dilakukan dalam kempen-kempen UMNO BN. UMNO BN semakin terdesak, tidak ada cara lain untuk mengelabui mata rakyat, mereka menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang dituduh sebagai kaki arak, kaki judi, tidak ada pegangan agama, berfahaman liberal, mencabar hukum hudud dan sebagainya.




Apapun masalah peribadi Zaid, itu semua sejarah zaman silamnya sewaktu dalam UMNO. Beliau sendiri secara jujur mengakui sejarah zaman silamnya sewaktu masih bergelumang dalam UMNO BN.








UMNO BNlah yang menjadikan ia berakhlak begitu. Kini beliau telah pun meninggalkan tabiat tersebut, beliau sudah berubah 100%, pemikiran dan aqeedah sudah berubah 100%, akhlaknya juga sudah jauh berbeza berbanding dengan akhlak dan amalan pemimpin UMNO BN yang lain. Beliau sudah bertaubat sejak meninggalkan UMNO BN.




UMNO BN sebenarnya terkejut dengan perubahan 100% Datuk Zaid. Terpaksalah mereka mencari gambar-gambar lama yang diubah suai dengan teknologi yang tinggi sehingga digambarkan Zaid peminum arak yang tegar, dicari semua kenyataan-kenyataan zaman silamnya terhadap Islam dan sebagainya.








Rakyat menolak kempen buruk UMNO BN ini, lalu mereka pun mencari isu yang lain pula. UMNO mengakui Zaid sudah bertaubat dan berubah, persoalan yang UMNO bangkitkan sekarang adakah taubat Zaid diterima Allah.




Itu kita tidak tahu, kita menghukum dan menilai pada yang zahir sahaja. Soal taubatnya diterima atau tidak oleh Allah, bukan kerja kita sebagai manusia untuk menilainya. Tidak akan ada di kalangan malaikat mahu memberitahu kita bahawa taubat Zaid telah diterima oleh Allah swt.




Sekurang-kurangnya Zaid seorang yang jujur, mengakui sejarah silamnya. Dia bukannya malaikat atau pun manusia yang maksum sebagaimana para nabi dan rasul. Para sahabat Rasulullah saw. sekalipun ada zaman silamnya. Saidina Umar Al Khattab r.an, semua orang tahu kehidupan zaman jahiliyahnya bagaimana, setelah beliau menerima Islam, beliau menjadi salah seorang sahabat yang terbaik taqwanya yang akhirnya dipilih menjadi Khalifah yang kedua selepas Abu Bakar Assiddiq r.an.




Begitulah Zaid Ibrahim. Semua orang tahu sejarah silamnya. UMNO lagi tahu dari orang lain sejarah silam Zaid. UMNO jugalah yang mendokong Zaid ketika itu. Sekarang Zaid tidak lagi Zaid UMNO. Dia menentang hudud ketika dalam UMNO, beliau mengakui UMNOlah yang menjadi penyebabnya mengapa beliau menentang hudud.




Beliau telahpun menarik balik sikapnya dulu sebagai penentang hudud. UMNO menerima Zaid di ketika Zaid berakhlak buruk sebagaimana yang UMNO sendiri dedahkan itu. Tetapi kini PAS, PKR dan DAP menerima Zaid setelah Zaid telah pun meninggalkan kesemua amalan buruknya dulu sewaktu dalam UMNO. Oleh itu PAS turut bangga mempunyai pemimpin dalam PR yang sudah bertaubat.




UMNO BN kata Zaid tidak layak menjadi Ahli Parlimen untuk rakyat Hulu Selangor kerana Zaid telah ditolak oleh rakyat Kelantan, bodohnya mentaliti pemimpin UMNO BN yang bercakap demikian.








Rakyat Kelantan tolak Zaid dalam pilihanraya 2008 kerana Zaid ketika itu UMNO. Sekarang kalau Zaid bertanding atas tiket PR sudah pasti rakyat Kelantan akan terima beliau. Zaid bertanding di Hulu Selangor bukan sebagai ahli UMNO, tetapi sebagai ahli PKR. Tidak ada sebab pengundi Hulu Selangor tolak Zaid hanya kerana Zaid ditolak oleh rakyat Kelantan.




Zaid banyak kelebihan berbanding dengan calon BN, beliau ada pengalaman sebagai Menteri dan juga peguam. Suara beliau sangat diperlukan di Parlimen bagi menyuarakan masalah rakyat, kemampuan sebagai ahli undang-undang juga melayakkan beliau menjadi Ahli Parlimen yang baik bagi membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang dan hak asasi.




Rakyat Hulu Selangor diseru menggunakan akal dan hati budi yang waras bagi menentukan masa depan yang lebih baik menerusi undi mereka dengan memilih Datuk Zaid sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor.

Ustaz Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB Datuk Seri Nizar.

Friday, April 23, 2010

KEGAGALAN BN MEMBANGUNKAN BANDAR SUNGAI BUAYA BUKTIKAN BN JUARA RAKYAT!





HULU SELANGOR, 23 April: Kerajaan Selangor memberi tempoh tiga bulan kepada kerajaan pusat untuk menyediakan penyelesaian menyeluruh jika mahu bangunkan semula Bandar Sungai Buaya yang telah dijanjikan tetapi tidak dilaksanakan sejak lebih 15 tahun lalu.



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan Selangor dibawah pimpinan PAKATAN RAKYAT akan mengambil semula tanah itu jika didapati cadangan pembangunan semula itu tidak memberi manfaat dan keuntungan kepada peneroka yang juga pemilik asal tanah berkenaan.




Sehubungan itu, beliau mengarahkan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) tidak meluluskan sebarang projek pembangunan di Kampung Sungai Buaya itu sehingga kerajaan pimpinan PAKATAN RAKYAT berpuas hati dengan cadangan pembangunan yang mahu dibuat kerajaan Pusat pimpinan BN.



“Kita beri tempoh tiga bulan kepada kerajaan Pusat pimpinan BN untuk menyediakan maklumat lengkap mengenai pembangunan semula projek terbengkalai ini termasuk prasarana dan pampasan.




“Jika kerajaan negeri pimpinan PAKATAN RAKYAT tidak berpuas hati dengan kebaikan dan manfaat yang akan diperoleh peneroka menerusi cadangan pembangunan semula Bandar Sungai Buaya, kita akan mengambil alih tanah ini,” katanya.




Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Sungai Buaya di Dewan Orang Ramai di sini, hari ini.



Menteri Besar juga menasihatkan penduduk yang asalnya peneroka Felda itu supaya tidak menandatangani sebarang perjanjian bagi mengelak terus menjadi mangsa penipuan.


Kampung Sungai Buaya adalah bekas Felda yang dibatalkan bagi tujuan pembangunan semula tanah secara bersepadu.


Satu perjanjian ditandatangani antara peneroka dan Murna Jaya Development Berhad (MJDB) sekitar 1993-1994 melibatkan 363 peneroka.


Seramai 120 peserta masih hidup manakala baki 243 peserta telah meninggal dunia.


Pada 1996, MJDB menandatangani perjanjian usaha sama dengan Land & General Berhad (L&G) dan Bandar Sungai Buaya Sdn Bhd untuk bangunkan projek itu.


Projek itu melibatkan 14 hak milik tanah dengan keluasan 1,252.31 hektar/3,084.5 ekar dan setiap peneroka dijanjikan RM121,000 bagi setiap ekar.


Kemungkinan peneroka mendapat semula tanah dengan keluasan asal adalah kecil kerana tanah itu telah menjadi milik pemaju projek.


Perjanjian itu dibatalkan atas sebab tertentu pada Ogos 2002 dan pemaju masih belum jelaskan baki bayaran pampasan sebanyak RM226.495 juta.


Menteri Besar berkata, kerajaan Negeri pimpinan PAKATAN RAKYAT akan melantik Panel Peguam untuk meneliti dokumen perjanjian antara penduduk dengan pemaju bagi memastikan perjanjian itu menguntungkan penduduk.


“Kita akan melantik Panel Peguam untuk meneliti dan menyemak perjanjian. Jadi kita nasihat penduduk supaya tidak menandatangani sebarang perjanjian sebelum faham kandungannya,” katanya.


Abdul Khalid berkata tender terbuka akan dibuat jika kerajaan negeri mengambil alih tanah itu dan pembangunan di kawasan itu akan dijalankan seperti mana di Bukit Botak dan Bukit Cerakah.


“Kita yakin mampu menyelesaikan masalah projek terbengkalai ini berdasarkan pengalaman kita menyelesaikan projek Bukit Botak dan Bukit Cerakah,” katanya.


Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjanji untuk menyelesaikan masalah projek terbengkalai itu pada Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008 tetapi masalah itu masih tidak selesai.


“BN tidak selesaikan masalah tetapi hanya mengurangkan masalah. Mereka memberi gula-gula apabila penduduk merengek . Penduduk di sini menjadi seperti masayarakat peminta dan takut untuk bersuara kerana bimbang tidak mendapat „gula-gula‟ (hadiah wang),” katanya.


Beliau berkata, sebanyak 147 projek terbengkalai bernilai lebih RM5 bilion ditinggalkan kerajaan BN selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Selangor pada Mac 2008.




Abdul Khalid berkata, kerajaan Negeri akan meneliti satu per satu projek terbengkalai itu dengan memberi tumpuan kepada projek yang melibatkan ramai pembeli dan rakyat berpendapatan rendah.




SEKARANG Tanyakan diri anda siapa juara rakyat? BN atau Pakatan Rakyat? Siapakah yang selama ini memperdayakan rakyat?




Shaqban Kamaldin
di mana melayu merempat
di situ la umno sgt2 kUAT


Friday, April 16, 2010

Satu kes yang wajar diberikan renungan

INI adalah kisah benar. Seorang peniaga warung yang telah berniaga nasi ayam dan nasi campur selama 12 tahun di atas tanah milik seorang pesara di sebuah kawasan dalam Kuala Lumpur.
Apabila Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir atau Stormwater Management and Road Tunnel (SMART) hendak dibina, perniagaan dia terpaksa ditutup untuk membuka jalan bagi pembinaan terowong tersebut.
Pada masa itu dia dapat tahu bahawa tanah yang disewanya sebanyak RM1,200 sebulan selama 12 tahun sebenarnya tanah kerajaan. Oleh itu apabila ditutup warung peniaga tersebut, jabatan yang berkenaan, Jabatan Saliran sepatutnya memberikan pampasan ke atas penutupan perniagaan tersebut.
Dengan penutupan tersebut maka bermulalah masalah peniaga tersebut. Dia telah dirujuk kepada Pejabat Tanah Wilayah yang berjanji akan memberitahu Jabatan Saliran tentang pampasan yang patut diberikan.
Kemudian dia telah berhubung dengan Jabatan Saliran dan juga bertemu dengan pegawai jabatan tersebut yang telah memberitahu beliau bahawa kesnya terpaksa dirujuk kepada Unit Perancang Ekonomi.
Begitulah seterusnya sehingga hampir dua tahun berlegar-legar antara satu jabatan dengan satu jabatan lain sehingga pernah hadir di suatu mesyuarat yang mendengar tuntutan beliau serta tuntutan tuan tanah yang sebahagian tanahnya ialah milik kerajaan.
Sampai hari ini peniaga ini belum dapat bayaran pampasannya. Nasib baiklah dia mendapat tempat berniaga di medan selera yang berdekatan. Walaupun tempat itu tidak sebaik warung yang ditutup dahulu, untuk terus hidup dia terpaksalah menjalankan perniagaannya di sana.
Inilah masalah masyarakat peniaga kecil yang dipermainkan oleh pihak berkuasa hanya untuk menuntut hak mereka.

CONTOH diatas membuktikan bahawa BN JUARA RAKYAT! Juara dengan kaedah tersendiri, yang tidak dikehendakki rakyat! juara yang hanya tahu menyatakan BN JUARA RAKYAT tetapi dot, dot, dot.

Shaqban Kamaldin
di mana melayu merempat
di situ la umno sgt2 kUAT

Monday, April 12, 2010

BUKTI BN BUKAN JUARA RAKYAT

Utusan Malaysia 13 April 2010 / 28 Rabiul Akhir 1431
SABAH & SARAWAK

Siasat pegawai agama hentam kerajaan

BEAUFORT 12 April - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) digesa menyiasat tindakan segelintir pegawai agama yang secara terang-terangan menghentam kerajaan menerusi ceramah yang dianjurkan parti pembangkang.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih berkata, tindakan yang jelas bertentangan dengan peraturan penjawat awam perlu dihentikan kerana ia boleh memecah-belahkan masyarakat.

"Pegawai agama ini harus sedar bahawa mereka juga pernah menerima bantuan daripada kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara sebelum menjawat jawatan di jabatan terbabit.

''Tiada sebab pegawai agama terbabit terus kekal sebagai penjawat awam jika tidak bersetuju dengan kerajaan dan bersekongkol dengan parti pembangkang," katanya.

ULASAN:

Bukankah tindakan menghalang pegawai-pegawai kerajaan bersuara adalah merupakan suatu bentuk penindasan kepada rakyat. ini adalah kerana kakitangan kerajaan juga adalah merupakan sebahagian dari golongan majoriti rakayat negara ini. Bukankah itu bermakna cubaan menyekat suara rakyat.


Ingatlah semakin banyak halangan, semakin banyak kekangan untuk rakyat bersuara hanya menggalakkan "kebangkitan rakyat" untuk menentang penindasan kakitangan kerajaan oleh golongan politikus BN. Ingatlah "kebangkitan rakyat sudah pun bermula". Berilah kami lebih banyak tekanan dan kenakanlah lebih banyak penindasan kepada kami, kakitangan kerajaan ini, untuk lebih menguatkan kami berjuang untuk menentang "penindasan dan kezaliman BN terhadap rakyat".


Bukankah selama ini BN tidak mahu mendengar saranan dan teguran dari kami pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan. suara dan teguran kami langsung tak hendak didengar dan diberi perhatian. Jika anda prihatin, jika anda menyediakan platform untuk kami menyuarakan pendapat kami kepada kerajaan BN, maka tentunya kami pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan tidaklah terpaksa menggunakan ceramah yang dianjurkan parti pembangkang untuk menyuarakan pandangan, pendapat dan cadangan kami.


Ingatlah kami pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan adalah rakyat negara ini, suara dan undi kami juga bisa menaikkan dan menjatuhkan sesuatu kerajaan itu. tanpa kami siapalah anda. Jadi janganlah berlagak. Jika anda prihatin, anda akan disokong. tetapi jika anda penindas dan berlaku zalim maka anda akan disanggah dan akan dijatuhkan oleh kami. Ingatlah bilangan kami, kakitangan kerajaan melebihi 1.2 juta orang. Jadi janganlah berlagak dengan kami.


Anggota parti BN juga hendaklah ingat bahawa kami, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan adalah dibayar oleh kerajaan bukannya dibayar oleh BN. Kerajaan adalah dipilih oleh rakyat dan jika BN menganggap bahawa BN itu kerajaan dan Kerajaan itu adalah BN, maka kami pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan pastinya akan menghukum anda, menghukum BN diatas kesilapan andaian tersebut dengan menjatuhkan anda dari tampuk pemerentahan negara!


Kami akan membuktikan bahawa kami kelompok kakitangan kerajaan mampu menaikkan sesuatu parti itu untuk membentuk kerajaan dan mampu juga menjatuhkannya dari tampuk kekuasaan yang disalahgunakan untuk menekan dan menindas kami. Ingatlah kuasa yang ada pada kami, kuasa memilikki maklumat-maklumat dan juga kuasa undi yang boleh menjatuhkan BN.


Ingat, ingatlah, pilhanraya umum akan menjelang tiba dan kami kakitangan dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan akan bersatu menjatuhkan BN dari memegang tanpuk pemerentahan negara. Tunggu dan lihat!


Bagi kami tindakan yang disarankan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih itu membuktikan "BN ADALAH JUARA RAKYAT, JUARA MENGEKANG DAN MENINDAS RAKYAT!"






Tindakan PTD Jerantut dipersoal

KUALA KRAU 11 April – Penduduk dan persatuan belia Kampung Dunia Hijau dalam Mukim Burau di sini mempersoalkan tindakan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Jerantut meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk meneroka kawasan hutan seluas kira-kira 40 hektar yang terletak berhampiran perkampungan mereka.

Pengerusi Belia 4B Kampung Durian Hijau, Mohd. Jefri Za Abdul Halim, 33, mendakwa, kawasan tersebut yang bersempadan dengan Felda Jengka 24 dan Felda Jengka 25, telah diperuntukan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kepada generasi baru kampung berkenaan.


Bagaimanapun dakwanya, permohonan rasmi yang dikemukakan oleh persatuan belia dengan sokongan JKKK untuk mendapatkan kawasan tersebut sejak 1999, telah ditolak oleh PTD Jerantut dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

‘‘Namun, apabila ada sebuah syarikat memohon kawasan tanah yang sama pada 2007 dan diluluskan pada 2009, menimbulkan banyak persoalan kepada penduduk.

‘‘Kami telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat mengapa begitu cepat kelulusan tanah itu diberikan kepada syarikat itu sedangkan permohonan kami anak jati kampung, ditolak mentah-mentah,’’ dakwanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Ahli Jawatankuasa persatuan berkenaan, Norazman Sarimin, 33, pula mendakwa, pemberian tanah tersebut kepada syarikat luar sangat mengguris perasaan penduduk terutama generasi tua yang telah lama memperjuangkan pemilikan tanah berkenaan.

‘‘Ramai generasi baru yang berusia 40 tahun ke atas tidak mempunyai tanah malah, ada yang telah berkeluarga dan mempunyai anak- anak masih tinggal dengan ibu bapa sedangkan mereka anak Pahang sejati,’’ dakwanya.

Bekas Ketua Kampung Durian Hijau, Abd. Hamid Sulaiman, 73, turut kesal dengan tindakan PTD itu kerana keputusan tersebut telah menghapuskan peluang penduduk untuk memiliki tanah demi masa depan anak-anak mereka.

Beliau mendakwa, JKKK Kampung Durian Hijau Mukim Burau telah membuat permohonan rasmi pada 1973 lagi bagi membina kediaman dan membuka dusun.

Abd. Hamid turut mendakwa, dia pernah menghadiri temu duga pemilikan tanah di kawasan itu ketika itu tetapi ditolak oleh pihak berkuasa tanah daerah pada 1986.

‘‘Bagaimanapun, generasi baru pada 2000 meneruskan perjuangan mereka untuk mendapatkan kawasan tanah itu tetapi diakhiri dengan kelulusan kepada sebuah syarikat luar bukan anak kampung ini,’’ katanya.


ULASAN: Tindakan memberikan kelulusan kepada syarikat berkenaan untuk meneroka kawasan hutan seluas kira-kira 40 hektar dan menolak permohonan yang dibuat oleh anak jati Kampung Durian Hijau, Kuala Krau itu, yang dibuat sejak tahun 1999 lagi membuktikan bahawa BN adalah JUARA RAKYAT, JUARA MENAFIKAN HAK RAKYAT, HAK ORANG KAMPUNG demi mengutamakan kroni dan kaum kerabat yang memilikki saham atau kepentingan dalam syarikat berkenaan.


Shaqban Kamaldin
di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Sunday, April 11, 2010

BN JUGA ADALAH JUARA MENGUMPAN WAKIL RAKYAT LOMPAT PARTI!




Disini saya ingin mengupas berhubung isu wakil rakyat melompat parti. BN sekali lagi membuktikan yang BN ADALAH JUARA RAKYAT dengan keupayaan BN mengumpan wakil-wakil rakyat untuk melompat parti, meninggalkan parti yang memilih mereka menjadi calun dan seterusnya dipilih oleh rakyat menjadi wakil-wakil rakyat atas tiket parti yang mereka tinggalkan itu. BUKANKAH INI MENUNJUKKAN BN JUARA MEMUJUK WAKIL RAKYAT meninggalkan parti!

Tidak ada parti lain yang mampu lakukan dan itu membuktikan yang BN benar-benar juara rakyat, juara menghampakan rakyat, juara menafikan undi rakyat dengan kebolehan BN mengumpan wakil-wakil rakyat meninggalkan parti yang memilih mereka menjadi wakil-wakil rakyat.


KEHILANGAN JET MEMBUKTIKAN BN JUARA RAKYAT

Jangan takut dengar ceramah Pakatan Rakyat - Tuan Ibrahim
Ditulis oleh Harakahdaily
THURSDAY, 04 MARCH 2010 03:20

KUALA KRAU, 4 Mac - Rakyat di negara ini tidak perlu takut mendengar ceramah politik yang dianjurkan Pakatan Rakyat kerana fungsi parti politik adalah untuk membela rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.



Corak pentadbiran dan pengurusan pemerintahan Umno yang banyak menyeleweng menyebabkan negara kehilangan berbilion-bilion ringgit. Banyak isu yang belum selesai seperti isu PKFZ, kehilangan enjin jet, stadium runtuh, kapal selam yang tidak boleh menyelam.


Penyelewengan ini cuba ditutup oleh pemimpin Umno/BN dengan mencipta berbagai isu bagi mengalih pandangan dan tumpuan rakyat. Mereka cuba tutup, maka sebab itu rakyat kena hadir ceramah bagi mendapatkan maklumat yang tidak mampu didedahkan media. Rakyat termasuk orang Umno tak perlu takut hadir ceramah. Tak perlu takut pada orang politik kerana tugas orang politik untuk membela dan menjaga rakyat,” katanya.


Turut berceramah ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Sharil Azman dan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

LAGI BUKTI BN JUARA RAKYAT!


Ditulis oleh Salbiah Abdul Wahab
FRIDAY, 12 MARCH 2010 02:58

Kerajaan UMNO/BN Sememangnya juara rakyat. Juara dari segi melakukan penderaan ke atas rakyat. Ini semuanya dilakukan kerana memenuhi slogan 'rakyat didahulukan' dan program "BN JUARA RAKYAT" .


Salah satu darinya ialah dengan menamatkan bantuan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat. Ianya membuktikan BN adalah JUARA RAKYAT, JUARA dalam penderaan kerajaan kepada rakyat. JUARA menyekat bantuan yang sepatutnya diterima oleh negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat .
Shaqban Kamaldin di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

BN sekali menunjukkan yang BN ADALAH JUARA RAKYAT dalam bentuk penderaan kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri dengan sikap Kerajaan Pusat yang tidak mahu membayar royalti minyak kepada rakyat Kelantan. Bukankah itu menunjukkan bahawa BN ADALAH JUARA RAKYAT, juara menafikan hak rakyat Kelantan.


UMNO/ BN juga adalah juara dengan sikap pengabaian dan sikap tidak prihatin dengan masalah sosial! Contohnya apakah kita setuju apabila Perdana Menteri Malaysia hanya menyatakan ‘kejadian penderaan ke atas kanak-kanak adalah tanda institusi rumah-tangga rapuh’.


Bukankah sikap dan pandangan itu menunjukkan yang BN memang benar-benar juara, juara dengan sikap pengabaian dan sikap tidak prihatin dengan masalah sosial. Bukankah sepatutnya kerajaan membuat penelitian, membuat kajian kenapa berlakunya masalah penderaan kanak-kanak dan serusnya melakukan tindakan pencegahan berlakunya perkara tersebut.


Rasulullah saw pernah bersabda: ‘Rakyat mengikut agama pemimpin’. Apakah ini benar dalam kes penderaan kanak-kanak yang dibunuh, rakyat mengikut corak pemikiran dan apa yang dilakukan oleh pemimpin?


Satu lagi persoalan yang boleh ditimbulkan. Layakkah BN mendabik dada "BN JUARA RAKYAT" dengan hanya program pemimpin kerajaan yang turun padang bertemu dan bersalaman dengan rakyat, kemudian dihidangkan makan nasi kawah. Pegang cangkul 3-saat untuk dirakam oleh juru kamera kemudian disiarkan di dalam surat khabar atau televisyen. Layakkah mereka bergelar juara rakyat?


Tambah bosan lagi, bila berucap, mengumumkan akan memberi peruntukan yang besar kepada satu-satu kampung. Bertepuk-bersorak orang kampung akan dapat wang besar yang diberi oleh pemimpin UMNO-BN.


Tapi, bila nak dapatnya? Tunggulah pilihanraya, nanti akan diumumkan lagi. Bila!!? Pemimpin ini akan berkata, ‘Itu janji pilihanraya!’. Sekali lagi pemimipin-pemimpin BN membuktikan yang mereka adalah juara. Juara berjanji kepada rakyat. Kalau dapat masa pilihanraya baguslah, dapatlah, Kalau tidak tunggulah pilihanraya datang lagi!


Mungkin ramai juga yang tidak bosan dengan pemimpin yang sedemikian. Malahan memuji dan mengikut sikap pemimpin. Kerana pemimpin seperti itu adalah buktinya ‘Pemimpin berjiwa rakyat’. Maka sebab itu pemimpin disanjung-sanjung…manalah tahu boleh dapat projek besar.


Ini adalah kerana pemimpin yang berjiwa rakyat akan bersaing dengan rakyat untuk mendapat projek besar, tapi ‘of course’ pemimpinlah dapat. Satu lagi bukti BN JUARA RAKYAT, juara berebut dengan rakyat dan mereka sekali lagi jadi juara kerana mereka yang dapat bukannya rakyat. jadi layaklah mereka bergelar juara rakyat! sesungguhnya mereka benar-benar juara, juara segala juara dalam mengenakan rakyat, dalam menindas rakyat, dalam hal berebut dengan rakyat!

Shaqban Kamaldin di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Hadith Rasulullah saw bersabda mengenai pemimpin: Sebaik-baik pemimpin adalah kamu mengasihi mereka dan mereka (pemimpin) mengasihi kamu. Kamu berdo’a untuk mereka dan mereka mendoakan kamu, dan begitulah sebaliknya.


Adakah ciri ini ada pada pemimpin Umno BN atau ciri ini sesuai untuk kerajaan Tok Guru Nik Aziz dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat? Diharap rakyat Malaysia boleh memikirkan hal ini.


Maka, tanggungjawab kerajaan Umno BN yang memerintah adalah memikirkan kebajikan rakyat secara holistik. Kerajaan Umno/BN mesti memikirkan kebajikan rakyat. Sehingga kini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak masih belum mengumumkan apa-apa hadiah istimewa kepada rakyat terbanyak. Setakat yang berunsur ‘political mileage’ ada.


Berbanding dengan negeri Pakatan Rakyat yang hanya baru 2 tahun memerintah telah mampu mengumumkan beberapa kemudahan dan keistimewaan untuk rakyat di negeri Pakatan Rakyat. Bantuan kebajikan untuk rakyat terbanyak menjadi agenda Kerajaan Pakatan Rakyat. Contohnya: air percuma sebanyak 20 meter padu untuk rakyat Selangor. Berbeza dengan Umno, menswastakan air adalah untuk mendapatkan keuntungan dan kekayaan kepada kroni manakala kosnya ditanggung oleh rakyat.


Maka sudah sampai masanya rakyat menukar kerajaan di negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan yang ada ini dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Tidak kira bila masanya, berlaku sahaja pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, kotakan janji anda, pilihlah Kerajaan Pakatan Rakyat untuk kesejahteraan Malaysia dan rakyat seluruhnya.


* Salbiah Abdul Wahab adalah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat



appendix:
UMNO juga boleh dikatakan juara rakyat diatas kesanggupan UMNO bertindak zalim dengan merobohkan serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik.


Shaqban Kamaldin
di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Saturday, April 10, 2010

BN JUARA ROMPAK DUIT RAKYAT DENGAN MENAIKKAN HARGA TOL!

Pulau Pinang Bantah Kenaikan Tol

PULAU PINANG 10 April - Langkah kerajaan pusat yang berhasrat untuk menaikkan kadar bayaran tol bagi lebuh raya yang terletak di kawasan bandar menerima bantahan daripada pelbagai pihak. (INI MEMBUKTIKAN BN ADALAH JUARA RAKYAT! JUARA MENAIKKAN KADAR HARGA TOL!)

Mendahului bantahan keras terhadap isu ini ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berkata cadangan itu amat bertentangan dengan konsep 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri.

"Kerajaan seharusnya menimbangkan cadangan ini dengan sewajarnya dan melihat kepada kepentingan rakyat yang hidup dalam kesusahan," kata Guan Eng.

Menurut Guan Eng lagi, kerajaan negeri akan membantah sekeras-kerasnnya sikap segelintir syarikat yang mahu mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda dengan membebankan 1.5 juta penduduk Pulau Pinang dan 27 juta rakyat Malaysia.


Beliau mengulas mengenai spekulasi bahawa 10 lebuh raya dijangka akan dinaikkan kadar tol termasuk di Jambatan Pulang Pinang dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), di mana syarikat konsesi terbabit meminta Kerajaan Pusat untuk mengkaji kadar harga tol baru.


Baru-baru ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu pihaknya mencadangkan beberapa langkah alternatif kepada makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam menangani isu kenaikan tol bagi lebuh raya yang terletak di kawasan bandar.


Antara yang dicadangkan pihaknya ialah memanjangkan tempoh konsesi bagi syarikat terlibat tanpa perlu membayar pampasan.


ULASAN:

BN adalah juara rakyat - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Tepat sekali slogan ini. Sokong seratus peratus dan kerjaaan BN amatlah cekap sekali melaksanakan slogan dan kempen ini tanpa ragu-ragu dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja.


Memang BN juara rakyat, juara merompak duit rakyat dengan pelbagai kaedah dan cara seperti menaikkan harga minyak, tol, kadar tariff elektrik, memperkenalkan GST. Yalah rakyat didahulukan, apa-apapun rakyat kena didahulukan untuk bayar cukai, apa-apapun rakyat didahulukan, yang para pemimpin BN, kumpulan elit atasan BN hendaklah dikemudiankan. Biarkanlah rakyat disusahkan dahulu, baharulah golongan ningrat BN makin kaya, makin berkuasa. Rakyat hendaklah didahulukan untuk dijadikan korban.


Yang pentingnya pencapaian diutamakan, pencapaian untuk para pemimpin BN, golongan atasan kepimpinan UMNO, golongan ningrat MIC dan golongan elit MCA.

Friday, April 9, 2010

Kerajaan BN kerajaan tidak bertanggungjawab!



Menteri Bertanggungjawab Terhadap Kerugian RM546 juta Pos Malaysia

Mac 30, 2010 ustazidrisahmad
Quantcast


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil pandangan yang serius terhadap ucapan YB. Wee Choo Keong (Wangsa Maju) di parlimen berhubung pendedahan bekas ahli parlimen yang juga mantan Pengerusi POS Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk ‘Is whistle-blowing really serious’. Artikel berkenaan turut menyentuh secara langsung isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia.


Tindakan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia untuk melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah-Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi bila mana sahamnya jatuh kepada harga 35 sen seunit dengan nilai keseluruhan hanya RM 14 juta pada 26 Februari 2010.


Sebelum ini Pos Malaysia boleh menjual saham itu pada harga tinggi iaitu RM 14 dengan nilai keseluruhan adalah RM546 juta. Namun percaturan yang dibuat jelas merugikan rakyat.


Pos Malaysia adalah pemegang saham kedua terbesar dalam Transmile Group Bhd selepas raja gula Malaysia-Robert kuok (Kuok Brothers Sdn Bhd). Pada tahun 2004 Pos Malaysia menjual 30 peratus kepentingan dalam Transmile Air Services Sdn Bhd iaitu anak syarikat Transmile Group Bhd sebelum membeli saham Transmile Group Bhd.


Walaubagaimana pun penjualan dan pembelian saham-saham itu ternyata tidak mendatangkan faedah bila mana Transmile Group Bhd selepas itu mengalami kemerosotan dan nilai sahamnya jatuh teruk selepas itu.


Tahun lepas sahaja Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta, dimana RM107.19 juta adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd.


Rakyat pasti bertanya, kenapa Pos Malaysia tidak mahu melabur dalam Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd (MASKargo) yang juga salah satu GLC milik negara yang lebih menguntungkan dalam operasi penghantaran kargonya? Adakah pelaburan sebelum ini ada kepentingan untuk membantu menyelamatkan syarikat Transmile Group Bhd yang turut dimiliki bersama dengan Robert Kuok?


PAS hanya melihat kes ini sebenarnya mengulangi insiden kegagalan pengurusan GLC milik negara seperti Proton yang menjual sahamnya dalam MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja. Pendedahan mantan pengerusi Pos Malaysia ini juga harus disiasat dan rakyat mahukan jawapan.


PAS mahu kerajaan mengkaji kegagalan urusniaga niaga ini dan mahu Pengerusi Pos Malaysia, Pengerusi Khazanah Nasional dan Menteri Kewangan bertanggungjawab di atas kerugian ini. Pos Malaysia sebagai GLC milik negara membelanjakan wang rakyat untuk urusniaganya seharusnya memberikan pulangan yang positif bukannya memberikan kerugian yang besar.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


ULASAN: Kerugian sebanyak RM546 juta itu adalah merupakan satu lagi bukti "BN JUARA RAKYAT, JUARA MERUGIKAN NEGARA, JUARA MERUGIKAN RAKYAT"




MUSTAPA DAN UMNO MERUPAKAN PENGKHIANAT RAKYAT, BUKAN JUARA RAKYAT!

wang ehsan diguna untuk kempen Umno
Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebagai pengkhianat kepada rakyat Kelantan dan Sultan kerana enggan memperjuangkan isu royalti minyak untuk negeri berkenaan.


Kenyataan Mustapa bahawa tuntutan Kerajaan PAS Kelantan terhadap hasil minyak yang diperoleh di pelantar Bintang yang telah beroperasi sejak 1984 tidak berasaskan kenyataan merupakan satu penafian yang nyata untuk kali kedua.


Sebelum ini, beliau juga menafikan hak Kelantan terhadap minyak yang diteroka di kawasan-kawasan bertindih atau dikenali sebagai Joint Development Area (JDA) Malaysia – Thailand.


Penafian beliau ini tidak selari dengan fakta Jabatan Perangkaan Negara yang melaporkan pada 2004 bahawa Kelantan bersama negeri Terengganu dan Sabah telah mengeluarkan minyak bernilai lebih daripada RM 46 bilion (nilai kiraan kasar) iatu 76 peratus dari nilai keseluruhan minyak dalam negara.


Fakta itu jelas menyatakan bahawa minyak dari Kelantan telah diambil oleh Petronas, tetapi kenapa masih dinafikan oleh Mustapa.


Pemberian wang ehsan, membuktikan bahawa kerajaan BN dan Umno di Kelantan berdendam dengan rakyat dan Sultan kerana sudah 20 tahun menolak BN.


Ketika PAS menang di Terengganu pada tahun 1999, serta merta Kerajaan BN menarik balik wang royalti dan menggantikannya dengan wang ehsan sebagai satu hukuman kepada rakyat Terengganu yang memilih PAS. Hanya baru-baru ini, selepas BN berjaya menguasai Terengganu untuk penggal kedua, BNmembayar kembali wang royalti semula.

Paling tidak disukai rakyat, wang ehsan yang selama ini diberikan telah disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan, bukan kepada kerajaan negeri.

Hal sama akan berlaku di Kelantan jika wang ehsan diberikan. Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan yang merupakan 'Kerajaan Hantu BN' di begeri itu akan bermaharajalela menggunakannya untuk meraih sokongan rakyat sebagai persiapan pilihan raya akan datang.


Kenyataan Mustapa bahawa Kerajaan BN menawarkan wang ehsan hanya kerana ingin menolong rakyat Kelantan yang tidak layak menerima royalti lantaran tiada minyak dikeluarkan merupakan satu pembohongan yang besar. Jika benar BN ingin tolong rakyat, kenapa di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang jelas tiada minyak tidak diberikan wang ehsan?


Kenyataan Mustapa yang mengakui bahawa wang ehsan itu akan dipergunakan sepenuhnya untuk kempen 'Umno Juara Rakyat' menjelaskan lagi bahawa inilah agenda sebenar mereka hingga sanggup mensabotaj Kerajaan PAS yang dipilih rakyat Kelantan.


PAS mendesak supaya rakyat Kelantan terus menolak Umno, dan bangkit untuk menuntut hak mereka dalam bentuk royalti, bukannya wang ehsan. Mustapa dan Umno merupakan pengkhianat rakyat, bukan juara rakyat! Kembalikan hak rakyat!

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Ulasan: Keengganan kerajan pusat yang dikuasai oleh BN membuktikan "BN JUARA RAKYAT, JUARA MENAFIKAN HAK RAKYAT KELANTAN, JUARA PUTAR BELIT DAN JUARA PEMBOHONGAN" dengan mengenepikan hak setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia untuk mendapatkan bayaran tunai royalti minyak secara langsung kepada kerajaan negeri di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (APP).

Sila rujuk isu royalti minyak Kelantan

Thursday, April 8, 2010

BENARKAH BN JUARA RAKYAT?

BN kenal pasti punca ditolak di Selangor

UTUSAN MALAYSIA 07/04/2010 12:03pm

SHAH ALAM 7 April - Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengenalpasti enam punca pengundi menolak BN pada pilihan raya umum ke-12 sehingga negeri yang merupakan kubu kuat BN itu jatuh ke tangan pakatan pembangkang.

Pengerusi Konvensyen BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed berkata, enam punca itu menunjukkan seolah-olah BN tidak berpijak pada realiti sehingga menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap mereka.

Beliau berkata, " Salah satu puncanya ialah apabila usaha yang sepatutnya dilakukan untuk menjuarai isu rakyat beralih haluan kepada tindakan memperjuangkan kaum kerabat, golongat elit / golongan atasan BN” katanya ketika berucap pada majlis pembukaan konvensyen selama sehari itu di SACC Convention di sini hari ini.


ULASAN: Pengakuan Pengerusi Konvensyen BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed diatas membuktikan bahawa "BN JUARA RAKYAT - JUARA MENGORBANKAN KEPENTINGAN RAKYAT" demi kepentingan kaum kerabat, golongan elit dan golongan atasan BN.


 

avandia