Wednesday, May 19, 2010

Tak habis habis roboh gerai Melayu



4/13/10


Tak habis habis roboh gerai Melayu

Bukan di Pulau Pinang ye, tapi di Negeri Sembilan.


Laporan nasib malang peniaga-peniaga Melayu di Negeri Sembilan sebelum ini di http://pasns.blogspot.com/2010/04/nasib-malang-peniaga-melayu-nsembilan.html


*****************************
Rayu MPN pertimbang roboh gerai
Sinar Harian 13 April 2010


SENAWANG – Tiga rakan kongsi perniagaan kedai makan di Fasa 3 Taman Tuanku Jaafar (TTJ) berharap Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dapat mempertimbangkan kembali arahan merobohkan beberapa gerai di situ.


Mereka mendakwa, sebelum ini ketika mesyuarat diadakan secara bersama antara MPN dan peniaga di Fasa 1, 2 dan 3 TTJ, pihak Majlis memberitahu perpindahan peniaga di Fasa 3 akan ditangguhkan dahulu.


Sulaiman Abdul, 46, berkata, sememangnya dia mengakui berniaga tanpa menggunakan lesen namun segala urusan surat menyurat membuat permohonan mendapatkan lesen sudah dibuat tetapi tidak diluluskan.


“Saya minta lesen untuk berniaga di sini tetapi tidak diterima. Apabila kita berniaga di sini sejak beberapa bulan dan terpaksa mengeluarkan kos berpuluh ribu ringgit, MPN mahu robohkan dengan alasan tempat tidak sesuai.


“Kami tidak ganggu perjalanan orang lain dan saya sendiri sudah mendapatkan surat perjanjian menggunakan lokasi tanah persendirian untuk berniaga, tetapi tidak boleh juga,” katanya.


Menurut beliau, pihaknya amat berharap masalah itu dapat dibincangkan semula MPN bersama peniaga yang rata-ratanya menjadikan sumber pendapatan utama.


“Isu ini mula timbul selepas peniaga Fasa 1 dan 2 membuat rungutan mengapa mereka sahaja perlu dipindahkan tidak kepada peniaga Fasa 3,” katanya.


Rakan kongsinya, Fauzi Mohd Zin 39, berkata, disebabkan masalah itu, dia mula buntu memikirkan bagaimana untuk mencari rezeki disebabkan tidak mempunyai pekerjaan lain.


“Sebelum ini saya berniaga kecil-kecilan, tetapi sekarang saya bersama rakan membuka kedai makan. Bagaimananpun, tiba-tiba jadi macam ini pula.


“Saya harap MPN dapat beri kelonggaran kepada kami untuk terus berniaga di sini kerana mahu menyediakan tapak kedai ini mengeluarkan modal ribuan ringgit,” katanya.
Sementara itu, Pembantu Setiausaha Persatuan Penduduk TTJ Selatan, Shamsul Kamal Ali, 36, berkata, sebagai penduduk yang tinggal di kawasan itu, dia amat berharap gerai itu dapat dibiarkan beroperasi di situ.


“Bayangkan kalau semua berpindah ke Medan Selera TTJ, jauh untuk kita membeli di sana. Malah, ini juga untuk keselamatan kanak-kanak kerana jika tidak mereka akan berjalan kaki untuk membeli makanan.


“Apa yang saya nampak gerai ini langsung tidak mengganggu penduduk dan berharap MPN dapat memberi kelonggaran kepada mereka untuk terus beroperasi,” katanya.


Sinar Harian sebelum ini pernah mengeluarkan rungutan peniaga Fasa 1 dan 2 TTJ apabila tidak berpuas hati kerana peniaga di Fasa 3 boleh terus beroperasi seperti biasa sedangkan mengikut arahan sebenar semua peniaga perlu berpindah ke Medan Selara TTJ awal tahun ini.


Sinar Harian difahamkan peniaga gerai sementara di Fasa 1, 2 dan 3, Taman Tuanku Jaafar (TTJ) di sini sebenarnya diberi arahan berpindah pada Januari lalu, namun ketika itu penguatkuasaan lebih diberi keutamaan kepada peniaga Fasa 1 dan 2.


Dalam pada itu, sebelum ini Yang Dipertua MPN, Datuk Abd Halim Abd Latif pernah mengeluarkan kenyataan pihak majlis tidak memindahkan peniaga ke lokasi baru sewenang-wenangnya tanpa ada sebab munasabah hingga menjejaskan sumber pendapatan mereka.


“Gerai sebelum ini di lokasi lama sudah lebih 10 tahun dan kita menerima rungutan daripada penduduk setempat yang merasa kurang selesa dengan keadaan itu kerana gerai tersebut mengundang kesesakan lalu lintas.


“Jadi, kita ambil tindakan memindahkan mereka ke lokasi baru dan bukannya kita tidak bagi mereka berniaga sedangkan selama ini kita sudah terlalu lama membiarkan mereka berniaga di situ,” katanya.


Beliau turut mengingatkan peniaga supaya berniaga dengan lesen dan di lokasi tidak menjejaskan orang lain.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7558762.asp


No comments:

Post a Comment

 

avandia