| Ditulis oleh Salbiah Abdul Wahab |
| FRIDAY, 12 MARCH 2010 02:58 Kerajaan UMNO/BN Sememangnya juara rakyat. Juara dari segi melakukan penderaan ke atas rakyat. Ini semuanya dilakukan kerana memenuhi slogan 'rakyat didahulukan' dan program "BN JUARA RAKYAT" . Salah satu darinya ialah dengan menamatkan bantuan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat. Ianya membuktikan BN adalah JUARA RAKYAT, JUARA dalam penderaan kerajaan kepada rakyat. JUARA menyekat bantuan yang sepatutnya diterima oleh negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat . Shaqban Kamaldin di mana umno sgt2 kUAT di situ la melayu merempat BN sekali menunjukkan yang BN ADALAH JUARA RAKYAT dalam bentuk penderaan kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri dengan sikap Kerajaan Pusat yang tidak mahu membayar royalti minyak kepada rakyat Kelantan. Bukankah itu menunjukkan bahawa BN ADALAH JUARA RAKYAT, juara menafikan hak rakyat Kelantan. UMNO/ BN juga adalah juara dengan sikap pengabaian dan sikap tidak prihatin dengan masalah sosial! Contohnya apakah kita setuju apabila Perdana Menteri Malaysia hanya menyatakan ‘kejadian penderaan ke atas kanak-kanak adalah tanda institusi rumah-tangga rapuh’. Bukankah sikap dan pandangan itu menunjukkan yang BN memang benar-benar juara, juara dengan sikap pengabaian dan sikap tidak prihatin dengan masalah sosial. Bukankah sepatutnya kerajaan membuat penelitian, membuat kajian kenapa berlakunya masalah penderaan kanak-kanak dan serusnya melakukan tindakan pencegahan berlakunya perkara tersebut. Rasulullah saw pernah bersabda: ‘Rakyat mengikut agama pemimpin’. Apakah ini benar dalam kes penderaan kanak-kanak yang dibunuh, rakyat mengikut corak pemikiran dan apa yang dilakukan oleh pemimpin? Satu lagi persoalan yang boleh ditimbulkan. Layakkah BN mendabik dada "BN JUARA RAKYAT" dengan hanya program pemimpin kerajaan yang turun padang bertemu dan bersalaman dengan rakyat, kemudian dihidangkan makan nasi kawah. Pegang cangkul 3-saat untuk dirakam oleh juru kamera kemudian disiarkan di dalam surat khabar atau televisyen. Layakkah mereka bergelar juara rakyat? Tambah bosan lagi, bila berucap, mengumumkan akan memberi peruntukan yang besar kepada satu-satu kampung. Bertepuk-bersorak orang kampung akan dapat wang besar yang diberi oleh pemimpin UMNO-BN. Tapi, bila nak dapatnya? Tunggulah pilihanraya, nanti akan diumumkan lagi. Bila!!? Pemimpin ini akan berkata, ‘Itu janji pilihanraya!’. Sekali lagi pemimipin-pemimpin BN membuktikan yang mereka adalah juara. Juara berjanji kepada rakyat. Kalau dapat masa pilihanraya baguslah, dapatlah, Kalau tidak tunggulah pilihanraya datang lagi! Mungkin ramai juga yang tidak bosan dengan pemimpin yang sedemikian. Malahan memuji dan mengikut sikap pemimpin. Kerana pemimpin seperti itu adalah buktinya ‘Pemimpin berjiwa rakyat’. Maka sebab itu pemimpin disanjung-sanjung…manalah tahu boleh dapat projek besar. Ini adalah kerana pemimpin yang berjiwa rakyat akan bersaing dengan rakyat untuk mendapat projek besar, tapi ‘of course’ pemimpinlah dapat. Satu lagi bukti BN JUARA RAKYAT, juara berebut dengan rakyat dan mereka sekali lagi jadi juara kerana mereka yang dapat bukannya rakyat. jadi layaklah mereka bergelar juara rakyat! sesungguhnya mereka benar-benar juara, juara segala juara dalam mengenakan rakyat, dalam menindas rakyat, dalam hal berebut dengan rakyat! Shaqban Kamaldin di mana umno sgt2 kUAT di situ la melayu merempat Hadith Rasulullah saw bersabda mengenai pemimpin: Sebaik-baik pemimpin adalah kamu mengasihi mereka dan mereka (pemimpin) mengasihi kamu. Kamu berdo’a untuk mereka dan mereka mendoakan kamu, dan begitulah sebaliknya. Adakah ciri ini ada pada pemimpin Umno BN atau ciri ini sesuai untuk kerajaan Tok Guru Nik Aziz dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat? Diharap rakyat Malaysia boleh memikirkan hal ini. Maka, tanggungjawab kerajaan Umno BN yang memerintah adalah memikirkan kebajikan rakyat secara holistik. Kerajaan Umno/BN mesti memikirkan kebajikan rakyat. Sehingga kini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak masih belum mengumumkan apa-apa hadiah istimewa kepada rakyat terbanyak. Setakat yang berunsur ‘political mileage’ ada. Berbanding dengan negeri Pakatan Rakyat yang hanya baru 2 tahun memerintah telah mampu mengumumkan beberapa kemudahan dan keistimewaan untuk rakyat di negeri Pakatan Rakyat. Bantuan kebajikan untuk rakyat terbanyak menjadi agenda Kerajaan Pakatan Rakyat. Contohnya: air percuma sebanyak 20 meter padu untuk rakyat Selangor. Berbeza dengan Umno, menswastakan air adalah untuk mendapatkan keuntungan dan kekayaan kepada kroni manakala kosnya ditanggung oleh rakyat. Maka sudah sampai masanya rakyat menukar kerajaan di negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan yang ada ini dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Tidak kira bila masanya, berlaku sahaja pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, kotakan janji anda, pilihlah Kerajaan Pakatan Rakyat untuk kesejahteraan Malaysia dan rakyat seluruhnya. * Salbiah Abdul Wahab adalah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat appendix: UMNO juga boleh dikatakan juara rakyat diatas kesanggupan UMNO bertindak zalim dengan merobohkan serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik. Shaqban Kamaldin di mana umno sgt2 kUAT di situ la melayu merempat |
Sunday, April 11, 2010
LAGI BUKTI BN JUARA RAKYAT!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment