Siasat pegawai agama hentam kerajaan
BEAUFORT 12 April - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) digesa menyiasat tindakan segelintir pegawai agama yang secara terang-terangan menghentam kerajaan menerusi ceramah yang dianjurkan parti pembangkang.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih berkata, tindakan yang jelas bertentangan dengan peraturan penjawat awam perlu dihentikan kerana ia boleh memecah-belahkan masyarakat.
"Pegawai agama ini harus sedar bahawa mereka juga pernah menerima bantuan daripada kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara sebelum menjawat jawatan di jabatan terbabit.
''Tiada sebab pegawai agama terbabit terus kekal sebagai penjawat awam jika tidak bersetuju dengan kerajaan dan bersekongkol dengan parti pembangkang," katanya.
ULASAN:
Bukankah tindakan menghalang pegawai-pegawai kerajaan bersuara adalah merupakan suatu bentuk penindasan kepada rakyat. ini adalah kerana kakitangan kerajaan juga adalah merupakan sebahagian dari golongan majoriti rakayat negara ini. Bukankah itu bermakna cubaan menyekat suara rakyat.
Ingatlah semakin banyak halangan, semakin banyak kekangan untuk rakyat bersuara hanya menggalakkan "kebangkitan rakyat" untuk menentang penindasan kakitangan kerajaan oleh golongan politikus BN. Ingatlah "kebangkitan rakyat sudah pun bermula". Berilah kami lebih banyak tekanan dan kenakanlah lebih banyak penindasan kepada kami, kakitangan kerajaan ini, untuk lebih menguatkan kami berjuang untuk menentang "penindasan dan kezaliman BN terhadap rakyat".
Bukankah selama ini BN tidak mahu mendengar saranan dan teguran dari kami pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan. suara dan teguran kami langsung tak hendak didengar dan diberi perhatian. Jika anda prihatin, jika anda menyediakan platform untuk kami menyuarakan pendapat kami kepada kerajaan BN, maka tentunya kami pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan tidaklah terpaksa menggunakan ceramah yang dianjurkan parti pembangkang untuk menyuarakan pandangan, pendapat dan cadangan kami.
Ingatlah kami pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan adalah rakyat negara ini, suara dan undi kami juga bisa menaikkan dan menjatuhkan sesuatu kerajaan itu. tanpa kami siapalah anda. Jadi janganlah berlagak. Jika anda prihatin, anda akan disokong. tetapi jika anda penindas dan berlaku zalim maka anda akan disanggah dan akan dijatuhkan oleh kami. Ingatlah bilangan kami, kakitangan kerajaan melebihi 1.2 juta orang. Jadi janganlah berlagak dengan kami.
Anggota parti BN juga hendaklah ingat bahawa kami, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan adalah dibayar oleh kerajaan bukannya dibayar oleh BN. Kerajaan adalah dipilih oleh rakyat dan jika BN menganggap bahawa BN itu kerajaan dan Kerajaan itu adalah BN, maka kami pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan pastinya akan menghukum anda, menghukum BN diatas kesilapan andaian tersebut dengan menjatuhkan anda dari tampuk pemerentahan negara!
Kami akan membuktikan bahawa kami kelompok kakitangan kerajaan mampu menaikkan sesuatu parti itu untuk membentuk kerajaan dan mampu juga menjatuhkannya dari tampuk kekuasaan yang disalahgunakan untuk menekan dan menindas kami. Ingatlah kuasa yang ada pada kami, kuasa memilikki maklumat-maklumat dan juga kuasa undi yang boleh menjatuhkan BN.
Ingat, ingatlah, pilhanraya umum akan menjelang tiba dan kami kakitangan dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan akan bersatu menjatuhkan BN dari memegang tanpuk pemerentahan negara. Tunggu dan lihat!
Bagi kami tindakan yang disarankan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih itu membuktikan "BN ADALAH JUARA RAKYAT, JUARA MENGEKANG DAN MENINDAS RAKYAT!"

No comments:
Post a Comment