Pulau Pinang Bantah Kenaikan Tol
PULAU PINANG 10 April - Langkah kerajaan pusat yang berhasrat untuk menaikkan kadar bayaran tol bagi lebuh raya yang terletak di kawasan bandar menerima bantahan daripada pelbagai pihak. (INI MEMBUKTIKAN BN ADALAH JUARA RAKYAT! JUARA MENAIKKAN KADAR HARGA TOL!)
Mendahului bantahan keras terhadap isu ini ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berkata cadangan itu amat bertentangan dengan konsep 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri.
"Kerajaan seharusnya menimbangkan cadangan ini dengan sewajarnya dan melihat kepada kepentingan rakyat yang hidup dalam kesusahan," kata Guan Eng.
Menurut Guan Eng lagi, kerajaan negeri akan membantah sekeras-kerasnnya sikap segelintir syarikat yang mahu mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda dengan membebankan 1.5 juta penduduk Pulau Pinang dan 27 juta rakyat Malaysia.
Beliau mengulas mengenai spekulasi bahawa 10 lebuh raya dijangka akan dinaikkan kadar tol termasuk di Jambatan Pulang Pinang dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), di mana syarikat konsesi terbabit meminta Kerajaan Pusat untuk mengkaji kadar harga tol baru.
Baru-baru ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu pihaknya mencadangkan beberapa langkah alternatif kepada makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam menangani isu kenaikan tol bagi lebuh raya yang terletak di kawasan bandar.
Antara yang dicadangkan pihaknya ialah memanjangkan tempoh konsesi bagi syarikat terlibat tanpa perlu membayar pampasan.
ULASAN:
BN adalah juara rakyat - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Tepat sekali slogan ini. Sokong seratus peratus dan kerjaaan BN amatlah cekap sekali melaksanakan slogan dan kempen ini tanpa ragu-ragu dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja.
Memang BN juara rakyat, juara merompak duit rakyat dengan pelbagai kaedah dan cara seperti menaikkan harga minyak, tol, kadar tariff elektrik, memperkenalkan GST. Yalah rakyat didahulukan, apa-apapun rakyat kena didahulukan untuk bayar cukai, apa-apapun rakyat didahulukan, yang para pemimpin BN, kumpulan elit atasan BN hendaklah dikemudiankan. Biarkanlah rakyat disusahkan dahulu, baharulah golongan ningrat BN makin kaya, makin berkuasa. Rakyat hendaklah didahulukan untuk dijadikan korban.
Yang pentingnya pencapaian diutamakan, pencapaian untuk para pemimpin BN, golongan atasan kepimpinan UMNO, golongan ningrat MIC dan golongan elit MCA.

No comments:
Post a Comment